Waktu Latihan PSSGM THAF

Waktu Latihan :-



Hari : Jumaat


Jam : 9.00 malam hingga 11.00mlm



Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGM THAF) bagi tahun 2013.



SYARAT - SYARAT UNTUK MENJADI AHLI GAYONG ;



Tiada pantang larang dalam menpelajari ilmu silat seni gayong Malaysia.



" Hukum ALLAH dan Agama sebagai panduan,lakukan apa yang di perintah dan tinggalkan apa yang di larang "



Sebarang pertanyaa sila hubungi:-



Sdr. Nasrihan : 012-4103859

Sdr. Ali : 011-31129195

atau email pssgmthaf@gmail.com



No Akaun Bank : 20-560-076464-8 ( Bank AFFIN ISLAMIC }



PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA CAWANGAN TMN HJ. ABDULLAH FAHIM



PELAJARAN, BENGKONG GAYONG DAN SANDANG GAYONG

Tahap pencapaian pelatih gayong diperlatihkan daripada bengkong yg. diperolehi. Setiap bengkong yang di perolehi merupakan petunjuk kepada pencapaian pelajaran dan jenis-jenis kemahiran yang di perolehi.

PELAJARAN GAYONG .

- ASAS GERAKAN.
- ASAS ELAKAN
- ANAK HARIMAU 1-51
- BUAH TAPAK KUNCI MATI 1-21
- BUAH TAPAK KUNCI HIDUP  ( PENTAS ).
- SERANGAN HARIMAU ( COMBAT ).
- HARIMAU MENGAMBUR MANGSA  ( LOMPATAN ).
- SENI PISAU.
- SENI KERIS.
- SENI SIMBAT SUK.
- SENI TANGKAT PANJANG.
- SENI PARANG .
- SENI LEMBING.
- SENI YOI.
- SENI SELIGI.
- SENI CINDAI.
- SENI SUNDANG LIPAS,
- SENI BELIAN.

Buah Gayong 349 dan 49 pecahan.

TAHAP BENGKONG

- HITAM KOSONG .



- AWAN PUTIH.
- PELAGI HIJAU.
- PELAGI MERAH ( CULA 0- 3 ).
- PELAGI KUNING  ( CULA 0-5 )
- PELAGI HITAM HARIMAU CULA SAKTI ( 0-6 )
- PELAGI HITAM HARIMAU CULA SAKTI ( 7 ) HAK MILIK DATO' MEOR ABDUL RAHMAN  ( MAHA GURU ).


SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA.

Jenis-jenis sandang .

1) Sandang Mahaguru.
2) Sandang Protokol.
3) Sandang Berjawatan.
4) Sandang Kehormat.
5) Sandang Khas.

SANDANG MAHAGURU.

* Sandang ini hanya layak di miliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin. Daeng Uda Mohd Hashim, selaku pewaris Agong Gayong.

SANDANG PROTOKOL.

* Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja - raja melayu dan pemimpin -pemimpin negara atau negeri yang menerima pelantikan dalam jawatan Protokol Lembaga Adat Kebangsaan.

SANDANG BERJAWATAN.

* Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

SANDANG KEHORMAT.

* Sandang ini dianugerahkan kepada ahli gayong atau individu tertentusebagai satu penghargaan atas jasa sumbangan mereka kepada pembangunan Negara dan Silat Seni Gayong.

SANDANG KHAS.

* Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin Negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. corak sandang ini bergantung kepada pemakainya:

a) Harimau Singa Berantai.
b) Kuda Gila.
c) Singa Berantai.
d) Naga Bora.
e) Harimau Berantai.
f) Lipan Bara.
g) Kumbang Hitam.

NAMA-NAMA SANDANG.

1) Seri Mahkota Agung Cula Pelangi = MahaGuru ( Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman.)

2) Seri Mahkota Agung Cula Sakti = Penaung Agung ( Sultan Perak yang Memerintah.)

3) Seri Mahkota Agung Pelagi Sakti = Penaung Negeri (Sultan atau Yang Dipertua Negeri .)

4) Seri Mahkota Agung Bintang Pelagi = Imam Khalifah Agung ( Kenamaan dan Pemimpin Rakyat.)

5) Seri Mahkota Agung Relang Pelagi  = Timb. Imam Khalifah @ Imam Khalifah Negeri.( Kenamaan dan Pemimpin Rakyat.)

6) Seri Mahkota Bintang Pelangi = Timb. Imam Khalifah Negeri. ( Kenamaan dan Pemimpin Rakyat).

7) Seri Cula Pelagi = Waris Beradat. ( Harimau pelagi hitam cula sakti 4 dan 5.)







8) Seri Bintang Pelagi = Ketua Beradat. ( Harimau pelagi hitam cula 1,2 dan 3)

9) Seri Relang Pelagi = Khalifah Kanan( Pelagi kuning 4 dan

10) Seri Cahaya Pelagi = Khalifah dan Serikandi. ( Pelagi Kuning 1,2 dan 3 )

11) Seri Pelagi = Khalifah Muda ( Pelangi merah cula 1,2 dan 3 .)




No comments:

Post a Comment