Pembelajaran Silat Seni Gayong berteraskan latihan fizikal dan penerapan unsur serta etika displin-displin persilatan bagi melahirkan pesilat yang baik dan bermanafaat. Matlamat utama persilatan ini hanya untuk menyampaikan ilmu beladiri Melayu demi kepentingan agama, bangsa dan Negara. Jati diri, perpaduan dan displin adalah perkara penting yang perlu diterapkan melalui persilatan untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak baik.
Pada tanggal 23 jun 1991, Dato' Meor Abdul Rahman telah kembali ke ramatullah. Allahyarham menghumbuskan nafas terakhir atas pangkuan amakanda kesayangan dan pewarisbeliau iaitu Puan Siti Kalsom di hospital pakar Ipoh, Perak.
SAJAK SENI SILAT GAYONG
Dengan Bismillah mula dikata
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.