Waktu Latihan PSSGM THAF

Waktu Latihan :-



Hari : Jumaat


Jam : 9.00 malam hingga 11.00mlm



Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGM THAF) bagi tahun 2013.



SYARAT - SYARAT UNTUK MENJADI AHLI GAYONG ;



Tiada pantang larang dalam menpelajari ilmu silat seni gayong Malaysia.



" Hukum ALLAH dan Agama sebagai panduan,lakukan apa yang di perintah dan tinggalkan apa yang di larang "



Sebarang pertanyaa sila hubungi:-



Sdr. Nasrihan : 012-4103859

Sdr. Ali : 011-31129195

atau email pssgmthaf@gmail.com



No Akaun Bank : 20-560-076464-8 ( Bank AFFIN ISLAMIC }



PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA CAWANGAN TMN HJ. ABDULLAH FAHIM



SILAT GAYONG

MOTO

" Kata bersahut , Gayong bersambut "
" Biduk berlalu kiambang bertaut ",

MAKSUD GAYONG

GA - Genggam
ALIF - Angkat
YA - Yakin
WAU - Waras
NGA - Ngeri

KATA-KATA HIKMAT SILAT SENI GAYONG

" Membujur lalu, Melintang patah "
" Daka, daki ku daki juga "
" Patah sayap Bertongkat paruh "
" Berpatang ajal  sebelum maut "

SLOGAN GAYONG

SeGayong, Sekendi, SePeringi,SePerminum, SeJalan, Sejadi, Sedarah, SeDaging dan Sepadu.

LANGKAH DAN GERAK GAYONG

- Gersik di pantai.
- Telur di hujung tanduk.
- Tunggul Rasullah
- Pagar Rakit
- Sauh Tunggal

MAKSUD LAMBANG GAYONG

NAGA - Kekuatan di air.
HARIMAU - Kekuatan di darat.
KERIS BERSILANG  - Senjata Orang Melayu.
PEDANG BERMATA DUA - Pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a yang terukir kalimah suci Al - Quaran bermaksud :
" Kemenangan dari pada Allah dan kejayaan yang hampir,"
BUMI - Silat Seni Gayong akan kembang di seluruh dunia.
BULAN DAN BINTANG - Agama Islam dan Syiarnya berada di puncak dunia.
SELEMPANG HITAM CHULA VII - Bengkong peribadi Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daeng Udan Mohd Hashim.
KENDI / BEJANA AIR - Simbolik kepada universiti ilmu silat gayong.

MAKSUD WARNA GAYONG

Putih - kesuciaan
Merah - Keberaniaan / Kepahlawanan
Kuning - Beraja / Berdaulat
Hitam - Bayang - bayang / Rahsia

TEMPAT TEMPAT BERSEJARAH GAYONG.

Terdapat empat tempat bersejarah gayong seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman iaitu ;

1) Padang Antah Berantah di Beruas, Perak ( tempat terdirinya kerajaan Gangga Negara ).

2) Padang Sanai di Kedah ( tempat Mahaguru di khatamkan ).

3) Pulau Sudong di Singapura ( tempat bermula gayong di perkenalkan semula ).

4) Sedili di Johor ( pengakhiran gayong ). 



No comments:

Post a Comment