Waktu Latihan PSSGM THAF

Waktu Latihan :-



Hari : Jumaat


Jam : 9.00 malam hingga 11.00mlm



Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGM THAF) bagi tahun 2013.



SYARAT - SYARAT UNTUK MENJADI AHLI GAYONG ;



Tiada pantang larang dalam menpelajari ilmu silat seni gayong Malaysia.



" Hukum ALLAH dan Agama sebagai panduan,lakukan apa yang di perintah dan tinggalkan apa yang di larang "



Sebarang pertanyaa sila hubungi:-



Sdr. Nasrihan : 012-4103859

Sdr. Ali : 011-31129195

atau email pssgmthaf@gmail.com



No Akaun Bank : 20-560-076464-8 ( Bank AFFIN ISLAMIC }



PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA CAWANGAN TMN HJ. ABDULLAH FAHIM



Monday, December 20, 2010

Kursus Gurulatih Kebangsaan PSSGM



Kursus Gurulatih Kebangsaan PSSGM yang diadakan pada 21hb November 2010 hingga 26 November 2010 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Pihak PSSGM gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (THAF) mewakili pihak PSSG Daerah Seberang Perai Utara telah menghantar 2 wakil untuk mengikuti kursus tersebut. PSSGM THAF mengucapakan terima kasih kepada YBhg. Dato' Adiwijaya dan pentadbiran pusat serta urusetia kursus kerana berjaya menganjurkan kursus tersebut. Selain memupuk perpaduan dikalang gurulatih yang datang dari seluruh negeri, kursus ini juga memberi manafaat kepada gurulatih untuk berinteraksi dengan pihak pusat secara 'direct' serta menambah ilmu. Diharapkan siri 2, pihak PSSGM THAF dapat menghantar wakil lagi. Insyak'allah. "1 Gayong, Hidup Gayong, Agama dan bangsa dipertahankan, negara didaulatkan".

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada :-
1. Timbalan Imam Khalifah Agong iaitu YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan kerana di atas kesudian beliau merasmikan majlis dan menyokong kegiatan gayong.
2. Yg. Berbahagia Kekanda Feriz Omar kerana sudi melapangkan masa bersama ahli gayong dan hadir ke majlis penutup kursus serta memberi sijil kepada peserta
3. Yg. Dihormati Cikgu Nordin (kipas emas) kerana sudi memberi pelajaran kepada peserta, moga Cikgu Nordin sihat selalu dan pulih secepat mungkin daripada kecederaan yang dialami.

Tuesday, November 9, 2010

Waktu Latihan Silat Seni Gayong Malaysia adalah seperti berikut:-

Hari : Jumaat

Jam : 9.00 malam hingga 11.15 malam

Tempat : Padang Taman Haji Abdullah Fahim.

Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGMTHAF) bagi tahun 2011

Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGMTHAF) bagi tahun 2013

Sebarang pertanyaa sila hubungi:-
Sdr. Nasrihan : 013-5035695
Sdr. Hud : 016-3077381 / 012-4976743
atau email pssgmthaf@gmail.com

Monday, November 8, 2010

Majlis Penyampaian Bengkong Di Sungai Lalang

Assalammaualaikum.

Pihak PSSGM THAF mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dihormati Cikgu Kassim dan ahli jawatankuasa majlis penyampaian bengkung di Sungai Lalang kerana sudi menjemput pihak PSSGM THAF ke majlis tersebut.

Wednesday, October 6, 2010

Terima Kasih kepada 2 individu .

Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Penasihat Kehormat PSSGM THAF, YBhg. Dato' Hilmi Abdul Rashid dan YBhg. Dato' Seri Rizal Marican diatas sumbangan yang diberi hingga pihak PSSGM THAF dapat menyewa sebuah bawa untuk membawa peserta ke Majlis Gayong Perdana.

Tuesday, October 5, 2010

Gayong Perdana

2hb Oktober 2010 (hari : Sabtu)

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGM THAF) dan Kelab Silat Seni Gayong Malaysia Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas ( KSSGM) dengan kerjasama Persatuan Silat Seni Gayong Daerah Seberang Perai Utara (PSSG SPU) telah menghantar wakil seramai 37 orang peserta ke Majlis Perdana Ga
yong dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Berdama YAB Perdana Menteri Malaysia.

Di majlis tersebut YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak telah menerima anugerah sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi dan dilantik sebagai Imam Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Pihak PSSGM THAF mengucapkan setinggi perhargaan terima kasih dan tahiah kepada YAB Perdana Menteri. Selain itu pihak PSSGM THAF mengucapkan terima kasih kepada pihak PSSGM Kebangsaan terutamanya YBhg. Dato' Cikgu Adiwijaya, seterusnya pihak PSSG SPU ( En. Amat Hassan dan En. Toher Saad - Pak Chu) tidak lupa Cikgu Kassim (Sungai Lalang) dan En. Idris Shafiee (PLKU) serta tidak lupa Guru lama - Cikgu Ahmad Ismail (Mat Jepun/Putih).