Waktu Latihan PSSGM THAF

Waktu Latihan :-



Hari : Jumaat


Jam : 9.00 malam hingga 11.00mlm



Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGM THAF) bagi tahun 2013.



SYARAT - SYARAT UNTUK MENJADI AHLI GAYONG ;



Tiada pantang larang dalam menpelajari ilmu silat seni gayong Malaysia.



" Hukum ALLAH dan Agama sebagai panduan,lakukan apa yang di perintah dan tinggalkan apa yang di larang "



Sebarang pertanyaa sila hubungi:-



Sdr. Nasrihan : 012-4103859

Sdr. Ali : 011-31129195

atau email pssgmthaf@gmail.com



No Akaun Bank : 20-560-076464-8 ( Bank AFFIN ISLAMIC }



PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA CAWANGAN TMN HJ. ABDULLAH FAHIM



Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka

Salam, masih belum terlambat untuk pihak PSSGM THAF mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka serta Selamat Hari Malaysia.

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Pengantin Baru kepada 3 Gurulatih PSSGM THAF


Pada bulan 5 yang lepas, seorang gurulatih PSSGM THAF telah menamatkan zaman bujang beliau. Beliau adalah saudara Saipul Nizam. Gadis yang bertakhta dia hati beliau bernama Siti Hajar.


Pada bulan 6 pula seorang gurulatih PSSGM THAF yang juga memang jawatan pemangku pengerusi PSSGM THAF telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gurulatih wanita PSSGM THAF. Mepelai meparti ini adalah saudara Nasrihan dengan pasangan saudari Juhaida. kepada mereka semua PSSGM THAF mengucapkan selamat Pengantin Baru , moga kekal hingga akhir hayat.


Sunday, March 13, 2011

Selesai Sudah Kursus Gurulatih PSSGM Peringkat Negeri Pulau Pinang siri I / 2011











13 Mac 2011, Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh Pulau Pinang - Kursus gurulatih PSSGM Peringkat Negeri Pulau Pinang siri I / 2011, yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 11 Mac 2011 telah sampai penghujungnya. Pada hari ini tepat jam 12 tengahari, maka tamatlah latihan kursus gurulatih tersebut. Ucapan penghargaan kepada YBhg. Dato' Adiwijaya yang sudi hadir dan menyempurnakan kursus ini bersama 3 tenaga pengajar yan dibawa beliau. Tidak lupa juga pada gurulatih lama iaitu singa putih- Cikgu Ahmad Ismail (Mat Jepun atau Mat Putih) yang sudi hadir menyaksikan kursus ini. Turut hadir adalah En. Che Amat Hassan (Pengerusi PSSG SPU), En. Mahammad Toher Saad (Ketua Gurulatih PSSG SPU), En. Bidin, En. Zul, En. Mamsim da En. Elias. Peserta kursus adalah seramai 27 orang yang datang daripada tiga daerah (Daerah Seberang Perai Utara, Daearh Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan). PSSGM THAF yang turut menghantar peserta dibawah Daerah Seberang Perai Utara adalah seramai 10 orang.

Wednesday, February 23, 2011

Kursus Gurulatih PSSGM Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri I /2011

Assalammualaikum pada semua ahli PSSGM yang berasal dan tinggal di negeri Pulau Pinang. Satu Kursus Gurulatih PSSGM Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan :-

Tarikh: 11.3.2011 hingga 13.3.2011 ...........(jumaat - ahad)
Masa pendaftaran : 3.00 petang (11.3.2011)
Tenaga Pengajar Kursus: YBhg Dato' Adiwijaya (Yang Di Pertua PSSGM Kebangsaan)
Yuran : RM 50 (lima puluh sahaja) - untuk makan dan penginapan sahaja.
Syarat: Bengkung Merah Ke atas ... wajib bawa pakaian penuh silat.

Kemungkinan Turut Hadir : Yg Dihormati Cikgu Mustafa Kamal (Lipan Bara)- Pengerusi Beradat PSSGM Kebangsaan dan Yg Dihormati Cikgu Ahmad Ismail ( Mat Putih, Mat Jepun atau Singa Putih).


Sebarang pertanyaan dan mendapat borang kursus boleh berurusan dengan:-
Sdr. Nasrihan Mansor - 013-5035695
Sdr. Hud - 012-4976743

Memdapatkan borang sahaja
En. Toher - 019-5182109 (Seberang Perai Utara)
En. Mamsin - 019-4729743 (Seberang Perai Tengah)
En. Mustafa - 017-4277861 (Seberang Perai Selatan)
En. Fadzli-013-4497887 (Seberang Perai Selatan)

Shareapic.net

Shareapic.net: "Make money by sharing your pictures online!"

Sunday, January 30, 2011

Slogan PSSGM - 2011

'Peningkatan Perpaduan Didahulukan, Pningkatan Pembangunan Diutamakan'- dilancarkan pada 29hb Januari 2011