Waktu Latihan PSSGM THAF

Waktu Latihan :-



Hari : Jumaat


Jam : 9.00 malam hingga 11.00mlm



Pengambilan pelajar / ahli baru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia gelanggang Taman Haji Abdullah Fahim (PSSGM THAF) bagi tahun 2013.



SYARAT - SYARAT UNTUK MENJADI AHLI GAYONG ;



Tiada pantang larang dalam menpelajari ilmu silat seni gayong Malaysia.



" Hukum ALLAH dan Agama sebagai panduan,lakukan apa yang di perintah dan tinggalkan apa yang di larang "



Sebarang pertanyaa sila hubungi:-



Sdr. Nasrihan : 012-4103859

Sdr. Ali : 011-31129195

atau email pssgmthaf@gmail.com



No Akaun Bank : 20-560-076464-8 ( Bank AFFIN ISLAMIC }



PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA CAWANGAN TMN HJ. ABDULLAH FAHIM



Sunday, December 15, 2013

Pada 14/12/2013, PSSGM THAF telah megajurkan satu latihan intensif kepada ahli PSSGM di bawah seliaan PSSGM THAF yang bakal menjadi pembantu jurulatih. Seramai 15 orang ahli dari 3 buah gelanggang telah mengambil bahagian iaitu gelanggang dari Taman Hj. Abdullah Fahim seramai 5 orang , Mahcang bubuk 9 orang dan Permatang Tiga 1 orang. . Peserta terdiri dari pada 1

1orang  putera dan 4 orang puteri. Tenaga pegajar terdiri dari 4 orang gurulatih dan 2 orang gurulatih muda. iaitu Cikgu Hudzairi, Cikgu Mohd Nasrihan , Cikgu Hafizal Dan Cikgu Saipol. sebagai gurulatih dan Cikgu Ali dan Cikgu Hidayat Sebagai Gurulatih Muda.
   Program ini diadakan di Dewan Kelompok Padi Permatang Tiga, selama sehari semalam yang bermula pada 14/12/2013 malam dan berakhir pada 15/12/2013 pada pukul 2.00ptg.Antara latihan yang diadakan ialah Kunci Mati 1 hingga 21 , serangan maut ( combat ) 1 hinggan 21 ,buah pisau dan simbat sok.Kami di Pssgm THAF megucapkan taniah kepada semua peserta.

Tuesday, November 26, 2013

Monday, November 25, 2013

Pada 23/11/2003 PSSGM THAF dan gelanggang di bawah PSSGM THAF, seperti gelanggang Permatang Tiga dan gelanggang Mahcang Bubuk telah di jemput oleh pihak Masjid Pajak Song untuk membuat demo semperna program CINTA MASJID seramai 30 ahlidi bawah PSSGM THAF telah mengambil bahagian yang di ketuai oleh cikgu Hud, cikgu Hafizal, cikgu Ali, cikgu Saipol dan cikgu Hidayat.


 
Sebahagian Ahli PSSGM THAF Megambil Bahagian Dalam Acara yang di anjurkan

 
Sebahagian dari Ahli PSSGM THAF

 
Pesilat dari PSSGM THAF Nad dan Asrani sedang bergaya .

 
Ahli-ahli PSSGM THAF bergambar kenangan dengan Jawatan kuasa Masjid Pajak Song, Kepala Batas
 
 

Wednesday, June 26, 2013

    Pada awal bulan 6 yang lepas PSSGM THAF berjaya membuka satu lagi gelanggang silat di permatang tiga kepala batas penang yang akan di ajar oleh Cikgu Hafizal pada setiap hari sabtu jam 9.00 mlm . siapa yang berminat untuk menjadi ahli sila hubungi  cikgu hafizal 012-4551430 atau mohd nasrihan 013-5035695.

Friday, February 8, 2013

Silat itu tiada salahnya, salah bila tiada adabnya.

Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang.

Ada pahlawan minta di puji, pesan pendita tidak di ikuti,
Pesilat bangsa buat titi, megejar janji yang belum pasti.
Hilang jiwa dan harga diri, Asalkan tercapai hajat di hati.

Monday, January 21, 2013

PERARAKAN MAULIDUR RASUL

PERARAKAN MAULIDUR RASUL AKAN DI ADA KAN PADA :

PADA : 24/01/2013
JAM : 7.15 Pagi .
BERTEMPAT : Surau An-Nur THAF .

Semua ahli gayong THAF di wajibkan hadir

PAKAIAN :

Baju penuh silat ( bg yang ada )
Baju melayu atau baju kurung ( bg yang tiada ).

Sunday, January 13, 2013

LAWATAN KE WISMA GAYONG DI AMPANG

  Pada 06/01/2013 , Pada sebelah pagi sebelum mesyuarat agong bermula ,wakil dari PSSGM THAF telah di bawa oleh Dato' YDP melawat ke tapak pembinaan wisma gayong . Apa yang kami lihat hampir 70% bagunan gayong hampir siap dan di jangka siap pada bulan 3/2013 .

Saturday, January 12, 2013

MESYUARAT AGUNG PSSGM KEBANGSAAN KALI KE 5

   Pada 06/01/2013 PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN megadakan mesyuarat agong kali ke 5 di HOTEL DE' PALMA AMPANG SELANGOR.

   PSSGM THAF telah menghantar 2 orang perwakilan iaitu Saudara Hudzairi Mansor Bin Dato' Mohd Nadzir dan En. Mohd Nasrihan Bin Mansor dan seorang pegawal yg bertugas untuk melancarkan mesyuarat iaitu En. karim bin Jasin bagi mewakili PSSGM Daerah SPU .
   Bagi Daerah SPT pula ,PSSGM THAF telah di amanahkan untuk menghantar 3 pewakilan di bawah pentabiran PSSGM THAF yg membuka cawangan di Daerah SPT iaitu Gelanggang Mahcang Bubuk  ialah En. Hafizal dan Saudara Muhammad Hidayat  dan seorg pegawal yg bertugas iaitu Saudara Md Fikri  dan En Rahmad dari gelanggang ILP Kepala Batas bg mewakili Daerah SPT.
   Pada mesyuarat tersebut Dato Adi megekalkan jawatan YDP Kebangsaan tampa bertanding .dan berapa jawatan kuasa yg baru , PSSGM THAF megucapkan taniah kepada Dato' YDP yg megekalkan jawatan beliau sebagai YDP Kebangsaan dan ajk yg menang bertanding dalam pemilihan jawatan kuasa PSSGM KEBANGSAAN .

BERIKUT ADALAH SENARAI JAWATAN KUASA PSSGM KEBANGSAAN YANG BARU 2013.
YDP : Datuk Adiwijaya Bin Abdullah.
Timb. YDP I : Cikgu Mohd Faid Bin Musa..
Timb  TDP II : Datin Faridah Bt Abu joha.
Naib YDP I : Cikgu Sazali  Dato' Meor Abdul Rahman.
Naib YDP II : Tuan Hj. Anuar Bin Abdul Hamid..
Naib YDP III : Cikgu Rasul.

Setiausaha Agong : En. Sulleh Bin Udin.
Bendahari Agong : Cikgu Amy Zahri.

AJK

- Cikgu Mat Isa ( Kedah ).
- Cikgu Rahim Masrom ( Pahang ).
- Cikgu YM Tengku Aminudin ( Negeri Sembilan ).
- Cikgu Puan Mas Shariffah Bt Mismat. ( Perak ).
- Cikgu Shah ( Perlis ).
- Cikgu Razali Hassan ( Kelantan ).
- Cikgu Sani Morni ( Kuala Lumpur ).
- Cikgu Md Noor ( Johor ).
- YM Raja Zulkifli ( Pulau Pinang ).
- Cikgu Abdul Aziz ( Selangor ).